Sunday 10 June 2018

Rindu abah tanpa pengakhiran

My mum



 Abah.. 😢
Pusara abah.. Abah pernah pesan, jgn letak apa apa di kuburnya.. Cukup tandakan dgn batu.. kami tandakan dgn batu nisan bernama.. 





 Maafkan acik,  abah..  Lama acik x dtg ziarah kubur abah. Ramadhan pun dah nk sampai penghujung... Raya nnt acik dtg lagi ye. Rindu abah 😭

Tiada apa apa melainkan kenangan 😢






Balik umah mak abah.. Lama aku x balik. Sedih. Aku tak leh tengok setiap sudut umah ni. Semua membuatkan mataku berkaca. Setiap inci umah ni mengingatkan memori aku dgn arwah abah. Dari tetulang rangka sampai la ke tiles lantai dan lapisan cat dindingnya. Semuanya masih sama macam masa arwah abah ada. Cat dinding hijau kuning tu pun aku cat sama sama dgn arwah abah.. Beberapa bulan sebelum aku kawen a.k.a beberapa minggu juga sebelum abah pergi.

Walaupun dah hampir 10 tahun abah pergi, hakikatnya aku masih x leh move on. Abah.. Acik rindu abah sangat sangat... #nak g kubur abah 😢

Monday 12 June 2017

Alhamdulillah

13 jun @ 18 ramadhan

Tak ada ungkapan lain .. Selain Alhamdulillah..

Alhamdulillah.. Masih diberi kesempatan berpuasa dalam bulan penuh berkat ini

Alhamdulillah.. Masih diberi usia..

Alhamdulillah.. Dikurniakan kehidupan yang bahagia

Alhamdulillah.. Dikurniakan rezeki

Alhamdulillah.. Diberi kesihatan yang baik

Alhamdulillah.. Utk segala kurniaan yang telah Engkau kurniakan..

Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat kami bergantung ya Allah..

Wednesday 17 May 2017

Minggu minggu yang agak sibuk

Wow.. Tajuknya mcm sibuk sgt gayanya.. Banyak perubahan dalam rutin harian cik noli n cik nan khashoggi..

Melalui hari hari terakhir april dan hati hari awal mei tahun ni dengan tekanan dan kesugulan..
# tiada kata kata
# hilang semangat
# buntu
# runsing
# risau

Andai dapat diundur masa, ingin saja kami ubah semua keputusan yang telah kami ambil.. 😔

Namun.. Kami teruskan juga.. Percaya dgn rezeki dan ujian Allah..
#rezeki Allah beri tak pernah cepat atau lewat.. Sentiasa diberi pada masanya
#ujian Allah mengikut kemampuan hambanya.

Dengan langkah longlai.. Kami bertatih.. Sambil menilai.. Tatkala gembira ramai bersama, tatkala diuji.. Cuma kami berdua 😢 berkaca mata mengenang semua ujian ini.. Cik noli kene kuat.. 💪💪💪 kene sokong cik nan.. Tak sanggup lihat cik nan melalui hari hari penuh tekanan.. Makan minum pun x punya rasa..

Namun tatkala kami bertatih bersama.. Ada insan yang turut mengiringi.. Walaupun tak mampu menghilangkan semua tekanan, kehadiran korang memberi sedikit warna dalam hari hari suram kami..
#farahanim ila
#mak
#along n kak long
#ijan n elya
#angah n bang ngah
Terima kasih korang.. Sentiasa ada bersama kami tatkala kami rasa terasing tanpa penyokong di belakang kami

Terima kasih dik la.. Banyak tolong aku.. Sampai sama sama x tido malam.. X pergi kuliah sehari.. Demi nak bg sokongan dan membantu saat awal langkah kami.. Ko mmg memahami..

Benarlah.. Rezeki itu rahsia Allah..
Dlm kebuntuan kami melalui saat sukar, kami dipertemukan dgn insan insan lain..
Kami saling memerlukan.. Kami memerlukan mereka untuk sama sama melalui ujian ini.. Mereka juga perlukan rezeki untuk kelangsungan hidup sehari hari.. Rezeki kami.. Rezeki mereka juga
# kak ina
# kak nor

Syukur kepadamu ya Allah.. Mmg ujian ini berat bagi kami.. Namun Kau x pernah biarkan kami bersendirian.. Kau sentiasa membantu kami. Kau mudahkan jalan kami.. Kau pecahkan kebuntuan kami..

Alhamdulillah.. Kini sudah 17 hari cik nan uruskan ilhamadinda kami.. Dah nampak sikit keyakinan di wajahnya.. Walaupun masih belum sepenuhnya.. Cik noli yakin.. Cik nan mampu uruskan dgn team gila gila tu.. Terima kasih korang..

Another 23 months to go.. Go cik nan go..
Cik noli will always be by your side..

Semoga kenangan ni akan terus kami igt... Sbg sejarah.. Sbg panduan.. Sbg tauladan

#Ya Allah.. Terus cekalkan hati kami.. Untuk terus bekerja dan beribadah kepadaMu..






Thursday 27 April 2017

Alhamdulillah.

Semalam..
Seribu satu rasa.. Bercampur. #nasi campur
Ruyung dah berjaya  kami pecahkan,  tinggal lagi nak urus sagunya agar tidak bersepah merata. Kolejkomunitibentong, pengalaman pertama kami yang akan mula dicorakkan.

Hari ni, 27 April 2017..
Ke kkben.. Lawatan tapak dan tandatgn perjanjian.. Gementar juga.. Rasanya muka dah pucat, cuma dicover dgn mekap tipis yg masih bersisa di wajah.. Hahah.

Ke pejabat majlis perbandaran, dptkan borang permohonan kad kesihatan..

Pegi tangkap gambo ukuran pasport..

Terus juga pusing pusing satu bandar bentong, utk mencari klinik nak dapatkan suntikan. Kehabisan stok , klinik tutup dan beberapa cabaran lain.. Mmg pengalaman baru. #sebabtudicatatkandisinisebagaisatusejarah

Klinik Arshad Bentong.. Doktornya mesra.. Cas suntikan juga agak murah berbanding klinik lain.. Kat sini akhirnya pencarian kami terhenti.. Apa lagi.. Dpt la sorg satu suntikan.

Bergegas ke pejabat majlis pula.. Kejap je, dah dpt kat kesihatan.. Oo yeahh

Semoga hari hari akan datang urusan urusanku terus dimudahkan.

So this coming weekend, no more santai santai.. Byk yg nak kene selesaikan..

Alhamdulillah..
Terus permudahkan urusan kami ya Allah.

To my lovely hubby, mr adnan khashoggi mohamad,
i will alwayz be by your side.. Be strong, be positive.








Wednesday 15 March 2017

Happy Birthday Bos

Hari ni 15.3.2017

Hari ni birthday arwah abah. Happy birthday abah. 😘

Kalau arwah abah masih ada, hari ni abah genap berusia 67 tahun

Abah, acik tak dapat hadiahkan abah kek hari jadi atau hadiah hadiah lain kat abah..

Abah, acik tak dapat nak buat birthday party atau majlis doa selamat sempena ulang tahun kelahiran utk abah..

Tapi acik akan sentiasa rindu abah. Acik akan sentiasa ingat abah. Acik akan terus hadiahkan abah bacaan ayat ayat suci Al-Quran. Acik akan sentiasa doakan abah berada dalam golongan org org beriman. Rindu abah.

Al Fatihah untuk abah
Arbain bin Idris
Arbain bin Saniah
15.03.1950 - 16.11.2008
#matakuberkacalagi