Monday 19 November 2012

Azam 1 : Muhasabah

Satu perkataan yang mudah diungkap....

"Muhasabahlah diri tu sikit.. tak kan tak sedar sedar lagi.."

Tapi mudah diungkap tak semestinya mudah dilaksanakan...
Kadang-kadang si penutur yang mengungkapkan perkataan itu pun tidak pernah memuhasabahkan dirinya sendiri...

Mudah kata 'Cakap tak serupa bikin' dan 'Bikin tak serupa cakap'.
Muhasabah = cari di mana salah/kekurangan diri sendiri.  Ramai ke yang dapat menerima hakikat serta mengakui kelemahan diri sendiri?

Azam tahun baru pertama saya sempena tahun 2013 yang bakal mendatang dan juga bersempena Awal Muharram beberapa hari yang lepas : Cuba menjadi seorang yang sentiasa memuhasabah diri sendiri supaya dapat meningkatkan kualiti kerja saya.

Kita akan kekal di takuk lama sekiranya kita selesa dengan pencapaian hari ini, tapi kita akan berada di tahap yang lebih baik sekiranya setiap pencapaian sentiasa di'muhasabah'.

Selamat bermuhasabah =)


Tuesday 13 November 2012

2013

Kurang 50 hari lagi 1.1.2013 akan tiba.
Rasanya tak perlu tunggu malam 31.12.2012 baru nak pasang azam tahun baru.
Lebih baik buat senarai sasaran yang hendak dicapai pada 2013 lebih awal... sekurang-kurangnya sedikit perancangan boleh dilakukan dan langkah mencapai sasaran boleh dimulakan seawal saat pertama detik 2013 tiba nanti..
Sama le konsepnya dengan sasaran kerja tahunan, cuma ini untuk diri sendiri... kan kan kan?
Saya dah mula nak tetapkan sasaran 2013 saya...
Jom sama-sama kita mula. =)